Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarah National Feedlot Corporation (NFC), Wan Shahinur Izran Salleh menjustifikasikan keputusan menyewakan harta peribadinya kepada sebuah syarikat bersekutu NFC, dengan hujah bahawa rumah kedai di Solaris Mont Kiara menawarkan "lokasi terbaik" untuk perniagaan.

NONE Sebab utamanya, tegas Izran, ialah lokasi yang terbaik dan

semuanya dilakukan tanpa keuntungan dan mengikut kadar pasaran.

Lokasi terbaik itu telah mencipta perhatian yang besar kepada produk mereka dan membolehkan mereka memasuki pasaran dengan jayanya, kata Izran ketika dihubungi.

Solaris Mont Kiara merupakan daerah komersial mewah di Kuala Lumpur, yang terdiri daripada kondominium mewah, unit ruang pejabat dan ruang perniagaan.

Awal hari ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Izran dan bapanya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail - pengerusi eksekutif NFC - menyewa harta peribadi mereka kepada syarikat tersebut dan sekutunya untuk mendapatkan pulangan yang "lumayan".

Salah satu harta yang dimiliki Izran disewa oleh Meatworks Restaurant. Ia dikendalikan oleh syarikat bersekutu NFC, Real Food Company, untuk memasarkan daging lembu yang dihasilkan daripada projek ternakan lembu NFC.

"Tiada keuntungan. Jangan lupa, kami juga adalah pemilik perniagaan tersebut (NFC)," kata Izran sambil menegaskan pentingnya untuk memastikan kejayaan perniagaan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya sentiasa mengambil keputusan kewangan terbaik, "tetapi (tafsiran) selalu diputarbelit oleh PKR."

NONE "Kami menerima banyak pertanyaan dari pembeli pasaraya selepas

kami membuka Meatworks. Sebelum ini, mereka tidak mahu pun menjawab panggilan kami," katanya sambil menambah bahawa kini permintaan bagi produk mereka jauh mengatasi keupayaan rumah penyembelihan mini mereka.

Katanya, dengan pembinaan sebuah rumah penyembelihan berkualiti eksport, pihaknya boleh penyembelihan 200 ekor lembu setiap hari - menjadi NFC sebagai satu perniagaan pengeluaran lembu daging pertama yang berjaya dalam sejarah Malaysia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS