Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemandu teksi sedia mengangkut peserta perhimpunan BERSIH 3.0 - dengan syarat pihak penganjurnya menerima tawaran kerajaan supaya mengadakan perhimpunan itu di dalam stadium.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma), Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata BERSIH patut menerima tawaran kerajaan itu.

NONE Katanya, mereka boleh mengadakannya di dalam stadium selama  mana yang mereka mahu, tetapi bukan di jalanan kerana ia menyukarkan pemandu teksi mencari rezeki.

"Tidak mengapa, jika mereka tidak ada (pengangkutan), kita boleh guna teksi untuk bawa mereka ke stadium... kita pun boleh dapat sedikit, betul?"

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas membuat laporan polis terhadap BERSIH di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini.

Mohd Syahrir berkata pengalaman lalu telah mengajar pemandu teksi bahawa Dataran Merdeka bukan tempat yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan penggunaan Dataran Merdeka kerana jika jalan disekat, keadaan akan menjadi kelam-kabut.

Menurut Mohd Shahrir lagi kanister gas pemedih mata dan meriam air akan ditembak ke sana sini dan ia akan menjejaskan pendapatan harian mereka.

Beliau berkata 36,000 pemadu teksi dan limosin di Lembah Klang akan terjejas dengan perhimpunan tersebut.

Seorang pemandu teksi bajet boleh mendapat antara RM60 dan RM70 sehari, katanya sambil berharap pihak berkuasa akan memastikan perhimpunan BERSIH tidak diadakan di jalanan.

[Baca berita penuh]

ADS