Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno dapat permit polis anjur kenduri rakyat 1Malaysia
Diterbitkan:  Apr 25, 2012 6:06 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Umno Bahagian Bayan Baru hari ini mendakwa telah mendapat permit polis bagi memasang khemah untuk program kenduri rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru esok sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

    

Ketua Penerangan Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Ridzuan Bakar berkata, sehubungan itu tidak timbul isu kononnya khemah untuk majlis kenduri itu didirikan tanpa kebenaran dan telah menutup jalan.

    

"Khemah mula dipasang sejak semalam dan kami tidak menghadapi sebarang masalah daripada penduduk di sini kerana kami telah menyediakan laluan alternatif untuk kemudahan penduduk.

    

"Sebaliknya mereka (pihak kerajaan negeri) menuduh kita tidak mendapat permit untuk mengadakan majlis berkenaan dan pembinaan khemah itu mengganggu lalulintas," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

    

Terdahulu, berlaku perang mulut di kawasan khemah itu selepas  Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin mendakwa tindakan memasang khemah itu adalah salah kerana tidak mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Ridzuan yang juga pengerusi Jawatankuasa Kenduri Rakyat 1Malaysia itu mendakwa bahawa kedua-dua wakil rakyat Pakatan Rakyat itu telah datang memarahi pekerja yang sedang menyusun kerusi meja.

Bagaimanapun keadaan kemudiannya menjadi reda apabila kedua-dua wakil rakyat berkenaan beredar dan berkata bahawa MPPP tidak boleh dipersalahkan jika meroboh khemah itu kerana ianya dipasang tanpa kebenaran majlis itu.

Majlis kenduri rakyat yang dijangka bermula pukul 10 pagi esok itu menyasarkan kehadiran 7,000 pengunjung dengan timbalan perdana menteri dijadual menyampaikan sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan bantuan nelayan kepada penerima yang layak.

- Bernama

ADS