Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR dedah nama orang lain, bukan saya - Wan Ahmad
Diterbitkan:  May 2, 2012 12:16 PM
Dikemaskini: 5:06 AM

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan PKR 'mendedahkan' nama orang lain apabila mendakwa beliau memiliki keahlian Umno.

Menurutnya, individu yang dirujuk Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail adalah ahli Umno dengan nama yang sama dengannya.

NONE "Orang yang disangka saya itu sebenarnya seorang ahli Umni yang memiliki persamaan nama dengan saya," katanya.

PKR sebelum ini 'mendedahkan' nombor keanggotaan Umno Wan Ahmad ( kiri ) di cawangan Kubang Bunggor di Pasir Mas.

Saifuddin juga mendakwa Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof anggota Umno cawangan Sri Ampang Baru, Ampang.

Dalam kenyataanya hari ini, Wan Ahmad berkata, selain nombor kad pengenalannya berbeza, beliau berasal dari Terengganu dan tidak pernah tinggal di Kelantan.

Justeru, beliau menuntut Saifuddin memohon maaf secara terbuka atas dakwaan yang disifatkannya sebagai "bohong dan fitnah".

Wan Ahmad juga menafikan sekeras-kerasnya menjadi ahli Umno dan mendakwa tidak pernah mendaftar sebagai ahli parti itu.

Sebaliknya, kata Wan Ahmad, dakwaan Saifuddin berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya serta merosakkan kredibiliti SPR.

Dakwaan Saifuddin sebelum ini menimbulkan pelbagai polemik gambarnya dengan nombor keahlian itu dipamer di kain rentang bagi mendakwa SPR berat sebelah.

Ia turut mengheret mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dalam kenyataannya membela dua pegawai tertinggi SPR itu.

ADS