Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tiada peruntukan khas generasi kedua Felda beli saham FGVH'
Diterbitkan:  May 3, 2012 9:08 AM
Dikemaskini: 1:10 AM

Felda perlu mewujudkan satu mekanisma bagi generasi kedua tanah rancangan itu memiliki saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

    

Wakil gabungan empat badan bukan kerajaan generasi kedua Felda iaitu Majlis Belia Felda Malaysia, Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan Usahawan Felda dan Persatuan Pengamal-pengamal Undang-Undang Generasi Felda berkata mereka menyokong usaha kerajaan untuk menyenaraikan FGVH, dan berharap mereka diberikan

peruntukan khas.

    

Pengerusi Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi Felda, Roshidi Hasan, yang mewakili kumpulan itu, berkata di bawah peruntukan pembelian saham FGVH, generasi kedua Felda tidak ada diperuntukan khas untuk memiliki saham itu, kecuali membelinya di pasaran terbuka.

    

Justeru itu, mereka berharap FGVH dapat memberikan peruntukan khas baru atau menawarkan saham di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, katanya dalam satu sidang media di ibunegara malam tadi.

Beliau juga berkata pihak Felda perlu memberi penerangan kepada peneroka dan keluarga mereka mengenai penyenaraian FGVH memandangkan masih ramai tidak memahami kebaikan tindakan tersebut.

Katanya, Felda perlu menangkis kesemua dakyah yang dijaja oleh pelbagai pihak yang membantah penyenaraian FGVH yang telah mewujudkan kekeliruan di kalangan peneroka mengenai hasrat murni Felda itu.

Beliau juga berkata keempat-empat badan itu juga turut menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini untuk mendapat beberapa penjelasan mengenai kepentingan generasi kedua Felda dalam penyenaraian FGVH itu

- Bernama

ADS