Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akhbar siar interbiu penuh drama dengan ibu Azmin
Diterbitkan:  May 6, 2012 2:51 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Ibu kepada Azmin Ali berkata beliau sedia menerima semula anaknya itu sekiranya timbalan presiden PKR itu meninggalkan gerakan tersebut, lapor akhbar Mingguan Malaysia .

"Berhentilah daripada kumpulan-kumpulan itu. Kawan-kawan dia banyak yang sudah berhenti dan sedar.

"(Kemudian) barulah dia balik. Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok," kata Che Tom Yahaya dalam wawancara penuh drama yang disiarkan akhbar tersebut hari ini.

Wawancara eksklusif stesen TV3 itu turut dilaporkan akhbar Berita Minggu hari ini.

Che Tom, 78, juga mempersoalkan tindakan Azmin yang tidak mahu melakukan sumpah laknat atas dakwaan melibatkan hubungan menantunya, Shamsidar Taharin dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita manusia, kalau kita tak buat, orang tuduh-tuduh, kenapa kita tak menentang? Kenapa tak mahu sumpah laknat? Kenapa tak mahu saman?," katanya lagi seperti dipetik Mingguan Malaysia .

Che Tom juga berkata beliau sedih kerana ahli parlimen Gombak itu didakwa tidak lagi mengambil berat perihal dirinya.

Wawancara dengan wanita berkenaan disiarkan hari ini, selang beberapa hari selepas Azmin memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia berikutan laporan 2 Mei lalu yang menuduhnya terlibat dalam satu aksi panas dalam tandas.

Azmin ketika menafikan perbuatan itu berkata dakwaan ke atasnya itu ditimbulkan beberapa orang bekas sekutu politiknya yang mempertikai kesahihan hubungan darah daging beliau sebagai bapa anak-anaknya.

Beliau juga membuat ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 ke atas isteri dan anak beliau untuk menafikan dakwaan tersebut.

ADS