Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dianugerah Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

NONE Anugerah tersebut diberikan atas sumbangan Rosmah (kiri) kepada

pendidikan awal kanak-kanak melalui Pusat Anak Permata Negara (PERMATA).

Canselor UPSI Tuanku Zara Salim - Raja Puan Besar Perak - berkenan untuk menganugerahkan ijazah tersebut kepada Rosmah.

Dalam ucapan penerimaannya, Rosmah berkata anugerah tersebut jadi menjadi penyemarak semangat dan suntikan kekuatan untuk beliau meneruskan usaha memupuk dan memperkembangkan potensi kanak-kanak.

"Dengan itu saya dedikasikan penghormatan Ijazah Kedoktoran ini kepada semua yang terlibat dalam penggubalan dan pelaksanaan program PERMATA, tenaga pendidik dan seluruh anak PERMATA.

"Penghormatan ini turut didedikasikan kepada suami, anak-anak tercinta, ahli keluarga, serta rakan-rakan seperjuangan di atas sokongan dan dorongan yang tidak kunjung padam," katanya dalam majlis yang diraikan di universiti itu di Tanjung Malim tengah hari ini.

 

[Baca berita penuh]

ADS