Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Kenapa PALAPES boleh jadi pengundi tak hadir

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini meminta penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengapa anggota Unit Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di universiti-universiti awam dibenarkan menjadi pengundi yang tidak hadir.

NONE Katanya, sehingga jam 1 pagi ini, beliau menemui nama 113 orang yang telah didaftarkan di bawah lokaliti PALAPES di dalam daftar pemilih tambahan bagi suku pertama 2012 yang sedang dipamerkan.

Sehubungan itu, Mahfuz mahu SPR menjelaskan mengapa wujud satu lokaliti pengundian PALAPES dan mengapa pelajar universiti didaftarkan di bawah lokaliti tersebut yang membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir.

Bercakap dalam satu sidang media di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur, Mahfuz berkata ini lebih meragukan lagi kerana ramai daripada mereka berdaftar dengan kad pengenalan awam.

Mahfuz berkata, beliau boleh terima jika SPR mengatakan mereka yang mempunyai kad pengenalan tentera adalah para jurulatih, tetapi jurulatih tidak tinggal di kampus universiti.

azlan Katanya, mereka hanya dipinjamkan untuk tujuan latihan dan sepatutnya mendaftar di kem-kem tertentu, dan bukan di bawah PALAPES.

Senarai yang diberikan kepada media hari ini menunjukkan mereka yang didaftarkan di bawah PALAPES UTM (kod lokaliti 447), PALAPES UUM (kod lokaliti 401), PALAPES UPSI (kod lokaliti 400), PALAPES UniMAP (kod lokaliti 400), PALAPES UKM (tempat 401) , PALAPES Unimas (kod lokaliti 451) dan PALAPES UiTM Dungun (kod lokaliti 401).

Kawasan parlimen terlibat ialah Gelang Patah, Kubang Pasu, Tanjung Malim, Arau, Kota Samarahan, Serdang dan Dungun.

[Baca berita penuh]

ADS