Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Protes di Mekah, Arab Saudi hantar nota diplomatik

Kerajaan telah menerima nota diplomatik daripada Kedutaaan Arab Saudi yang menasihati rakyat Malaysia supaya tidak mengambil bahagian dalam demonstrasi dan mematuhi undang-undang dan norma di Arab Saudi.

NONE Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata, protes BERSIH yang dianjurkan di Mekah dan Madinah telah menimbulkan kebimbangan kerajaan Arab Saudi yang mungkin mengugat kuota jemaah Malaysia untuk pergi menunaikan ibadat haji.

Katanya, Malaysia akan menghoramti tindakan kerajaan Arab Saudi yang akan diambil terhadap rakyat Malaysia yang terbabit dalam protes di bawah apa jua undang-undang.

"Kita akan memberi kerjasama penuh," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur petang ini.

bersih in mecca Satu laporan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu mendakwa kerajaan Arab Saudi sedang memburu pemimpin pembangkang yang didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH pada 28 April di kota suci Mekah dan Madinah.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, akbar itu mendakwa individu berkenaan diburu kerana "dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang Arab Spring dan bangkit menentang pemerintah."

Sementara itu, Anifah juga berkata tidak ada keperluan untuk orang luar menyiasat Prhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan mampu menjalankan penyiasatan sendiri yang saksama dan yakin dengan pihak berkuasa dan polis.

"Bagi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya tidak fikir ini adalah satu isu," tambahnya.

[Baca berita penuh]

ADS