Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tuntut jaminan keselamatan pada individu dikehendaki
Diterbitkan:  May 11, 2012 1:04 PM
Dikemaskini: 5:19 AM

PAS hari ini menuntut polis memberikan jaminan keselamatan terhadap individu yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gesaan itu dibuat memandangkan dakwaan layanan buruk polis terhadap peserta BERSIH, termasuk dipukul, sebelum ini.

pakatan ceramah in kuala selangor 3 hadi awang pas "Bagaimana mungkin mereka yang dipanggil menyerah diri ini dapat dijamin keselamatan mereka dan tidak berdepan dengan kemungkinan tindakan kekerasan dan dipukul sekali lagi semasa siasatan dijalankan?" soalnya.

Setakat 9 Mei, polis menyiarkan 141 wajah, tanpa nama, peserta BERSIH yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Abdul Hadi juga mempersoalkan arahan serah diri yang didakwa "terarah" kepada satu pihak sahaja.

"Malangnya arahan serah diri ini hanya terarah kepada peserta demonstrasi sahaja, sedangkan tindakan segelintir pihak polis tertentu yang telah bertindak di luar batas undang-undang telah dibiarkan begitu sahaja," kata Abdul Hadi.

ADS