Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pendengaran awam hak tanah Orang Asal/Asli di Pahang
Diterbitkan:  May 14, 2012 9:30 AM
Dikemaskini: 7:47 AM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneruskan pendengaran awam inkuirinasional ke atas hak tanah Orang Asal/Asli di Malaysia Hak Tanah Orang Asal/Asli pada 12 hingga 17 Mei ini di Temerloh, Pahang.

"Sebanyak 18 kes akan diperdengarkan melibatkan dakwaan pencerobohan kawasan, pentadbiran projek komersial, tadahan air, empangan dan hutan simpan," kata kenyataan Suhakam.

Setakat ini, tambahnya, 79 kes telah dikemukakan dalam sesi pendengaran awam iaitu 34 kes di Sarawak, 15 kes melibatkan Selangor dan Negeri Sembilan, Johor (8), Kelantan (10) kes dan 12 kes lagi di Perak.

Antara isu-isu lain yang telah didengar, kata kenyataan itu lagi,  termasuklah pembalakan, pencemaran dan ladang rakyat.

Menurutnya lagi, pendengaran awam ini antara lain untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang Orang Asal/Asli daripada merealisasikan hak asasi ke atas tanah adat berasaskan keperluan mereka.

"Selain itu pendengaran awam ini juga adalah untuk mengumpulkan maklumat sama ada berbentuk lisan mahupun dokumen daripada saksi-saksi yang dipanggil oleh ahli panel berdasarkan aduan-aduan yang diterima," tambahnya.

Ahli panel terdiri daripada Tan Sri Hasmy Agam (pengerusi), Datuk Dr Khaw Lake Tee (naib pengerusi), dan Pesuruhjaya Jannie Lasimbang serta dibantu oleh Konsultan Bebas Datuk Dr Denison Jayasooria dan Dr Collin Nicholas.

Sesi pendengaran awam ini juga terbuka kepada orang awam.

ADS