Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pahang, S'gor negeri terawal tubuh pemantau kempen p'raya
Diterbitkan:  May 14, 2012 4:26 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

Pahang dan Selangor menjadi negeri terawal mempunyai pasukan penguatkuasa pemantau kempen pilihan raya yang ditubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

    

NONE Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata di Pahang, pasukan itu ditubuhkan bagi kerusi parlimen manakala di Selangor pula untuk kawasan dewan undangan negeri (DUN).

    

Penubuhan pasukan ini yang berperanan memastikan kempen pilihan raya berjalan lancar akan diperluaskan ke negeri lain pada pertengahan bulan depan, mengikut keperluan dan kesesuaian di setiap negeri bagi menjimatkan kos, katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

    

"Pengarah SPR di setiap negeri sedang mendapat pandangan daripada pegawai pengurus pilihan raya untuk menentukan sama ada pasukan ini perlu ditubuhkan di kawasan parlimen ataupun DUN," katanya selepas memberi taklimat berhubung pasukan tersebut kepada pegawai pengurus pilihan raya di Selangor.

    

Wan Ahmad berkata pasukan itu akan memantau segala aktiviti kempen termasuk ceramah dan poster bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya umum ke-13.

    

"Jika ada poster atau kain rentang yang bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya,  pasukan ini akan bertindak menurunkan poster atau kain rentang berkenaan," katanya.

    

Beliau berkata pasukan itu akan diketuai pegawai SPR dan dianggotai pegawai polis berpangkat inspektor ke atas, pegawai pihak berkuasa tempatan dan wakil calon yang bertanding bagi kawasan terbabit.

    

Setiap pasukan akan diberikan dua kenderaan pacuan empat roda bagi menjalankan tugas mereka, katanya.

    

Selain itu, Wan Ahmad berkata menjelang pilihan raya umum kali ini, pegawai pengurus pilihan raya di seluruh negara akan menubuhkan pusat panggilan bagi menerima aduan masyarakat berhubung pelbagai isu bersabit proses tersebut.

- Bernama

ADS