Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 21 individu, termasuk anggota polis, telah menyerah diri untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Mereka adalah antara 141 individu yang gambar mereka telah disiarkan oleh pihak polis.

NONE Bagaimanapun, Hishammuddin tidak mendedahkan berapa ramai daripada mereka yang telah menyerah diri itu adalah anggota polis.

Beberapa anggota polis dikehendaki kerana didakwa bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan tersebut.

Jumlah tersebut diedahkan oleh Hishammuddin dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Dalam majlis berasingan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata 141 individu lagi mempunyai masa hingga besok untuk menyerah diri.

"Kita tidak perlukan waran tangkap. (Penangkapan kerana) merusuh tidak perlukan waran," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS