Dengan pembatalan itu, mereka dibenarkan kembali menggunakan keahlian darjah kebesaran (kelas kedua) yang membawa gelaran "Datuk".
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi (kiri) berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan titah perintah Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 23 April.Saidin dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah pada 6 April dan manakala Mohamed pula pada 16 Februari.
Dalam kenyataannya hari ini, Mohammed Khusrin juga mengumumkan penarikan balik dan pembatalan keahlian darjan kebesaran Datuk bekas dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Md Saberi Md Salleh kerana disabitkan kesalahan bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Md Saberi dijatuhkan hukuman setahun penjara atas kesalahan bawah seksyen 20(1)(C).