Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan kutip lebih RM1 bilion dari 6P
Diterbitkan:  May 15, 2012 4:30 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Sehingga hari ini, kerajaan berjaya mengutip bayaran levi RM1.45 bilion yang melibatkan lebih sejuta pas lawatan kerja sementara (PLKS) daripada pelbagai sektor sepanjang program pemutihan 6P.

NONE Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata, aktiviti penguatkuasaan pula menyaksikan 13,492 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 337 majikan ditangkap dan sebahagiannya sudah didakwa di mahkamah.

Berdasarkan statistik operasi, kata Mahmood, Terengganu mendahului jumlah bilangan penguatkuasaan yang dijalankan dengan 761 operasi, diikuti Perak (665); Negeri Sembilan (363); Johor (337) dan Pulau Pinang (309).

Dalam proses Penguatkuasaan dan Pengusiran 6P pula, seramai 146,979 PATI diampunkan dan pulang ke negara masing-masing dengan Indonesia seramai 89,026 orang; diikuti India (11,080); Nepal, (11,153); dan Burma, (8,955), tambah Mahmood lagi.

ADS