Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Apa lagi, jual kuetiau depan Seri Perdana pula?'

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

NONE Khairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.

"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

"Mungkin jual kuetiau depan Seri Perdana (kediaman perdana menteri) minggu berikutnya.

"Perkara ini tidak masuk akal dan kita akan menjadi bahan ketawa dunia... Harap kita semua lebih matang dalam berpolitik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Auto Forum 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS