Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadir BERSIH: Senator Australia sedia disiasat M'sia

EKSKLUSIF Senator Bebas Australia Nick Xenophon akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang Malaysia kerana berada dalam perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur bulan lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini melalui wawancara telefon, Xenophon berkata beliau "tidak akan menjauhkan diri" daripada siasatan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

nick xenophon 290412 "Jika terdapat pihak berkuasa Malaysia berniat mendakwa saya, saya tiada masalah datang ke Malaysia untuk pertahankan diri," katanya.

"Saya tidak akan lari atau menjauhkan diri daripada perkara ini. Saya tidak mahu dihalang memasuki negara yang saya beri perhatian besar."

Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar lagi berhubung sebarang siasatan terhadapnya.

Xenophon mengulas laporan portal The Mole bahawa beliau boleh disiasat bawah Seksyen 4(2)(a) Akta Perhimpunan Aman, yang melarang bukan warganegara Malaysia daripada mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan di negara ini.

Senator itu bagaimanapun berkata beliau tidak hadir dalam perhimpunan besar itu sebagai peserta yang menuntut pilihan raya bebas dan adil tetapi menjadi pemerhati.

Perkara itu, menurutnya sebahagian daripada misi mengumpul maklumat berhubung sistem pilihan raya di Malaysia.

"Sekiranya pihak berkuasa Malaysia mahu bercakap dengan saya, saya sedia bercakap dengan mereka. Tetapi saya rasa ia perhimpunan aman.

"Sebagai pemerhati, (saya lihat) keadaan mula tidak kena apabila gas pemedih mata dilepaskan," katanya.

[Baca berita penuh]
ADS