Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Wanita MCA Melaka Kian Sit Har berkata beliau tidak mengesali tindakannya hadir dalam perhimpunan BERSIH 3.0 bersama 5,000 orang di Dataran Pahlawan di negeri itu pada 28 April lalu.

"Saya gembira dan bangga bahawa saya tidak melepaskan peluang untuk berdiri bersama anak muda," kata bekas senator BN itu kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

Kehadiran ramai anak muda dalam perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan satu perkara yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini, kata Kian.

Kian Sit Har malacca mca wanita chief at bersih 3.0 Golongan yang tidak menyertai perhimpunan itu "kerugian" kerana tidak berbuat demikian, katanya lagi.

Malah, ramai wanita jelita yang diperhatikannya hadir di bawah panas terik matahari dan melaungkan slogan "Bersih", kata Kian lagi.

Perkara itu menunjukkan golongan muda kini prihatin dengan negara, katanya.

Kehadirannya di perhimpunan itu menimbulkan kemarahan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang meminta Kian berundur dari MCA.

Kian bukan ahli sembarangan dalam MCA. Beliau menyertai parti itu pada usia 17 tahun dan bertanggungjawab menubuhkan Wanita MCA Melaka pada 1975 – pergerakan yang diketuainya sehingga hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS