Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO dakwa pemimpin Pakatan 'mengurat' bekas siswa
Diterbitkan:  May 20, 2012 2:31 PM
Dikemaskini: 6:35 AM

Satu NGO anti-Pakatan Rakyat hari ini meneruskan siri pendedahan berhubung dakwaan bahawa seorang pemimpin utama gabungan parti itu "mengurat" seorang bekas siswa.

Dakwaan oleh NGO TIBAI yang disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia itu, mahu pemimpin tersebut menjelaskan hubungan berkenaan.

Seorang pemimpin NGO tersebut, Abdul Ghani Haron mendakwa, pemimpin itu meminta siswa berkenaan mengirim satu gambar lelaki tanpa berpakaian.

Beliau mendakwa "sanggup bersumpah" dan mempunyai "maklumat kukuh" berhubung dakwaan tersebut.

Pemimpin tersebut didakwanya tidak pernah mengenai lelaki berusia 20-an itu dan sekadar mengenali lelaki tersebut menerusi laman sosial.

Abdul Ghani menamakan pemimpin berkenaan dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, Malaysiakini masih menunggu reaksi daripada pemimpin tersebut sebelum menyiarkan namanya.

ADS