Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

WAWANCARA Penulis wanita Kanada, Irshad Manji mempertahankan pendiriannya selama ini yang percaya Islam tidak mendiskriminasi golongan gay dan lesbian.

Menurutnya, Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa setiap manusia adalah ciptaan Tuhan dan ia termasuklah golongan tersebut.

Tambahnya, konsep kononnya Islam menolak dan membenci golongan itu sama sekali tidak selari dengan konsep Allah sebagai Tuhan yang Maha Penyayang.

NONE "Kembali kepada Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga dicipta Tuhan...

"Tolong jelaskan kepada saya," kata Irshad dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini .

Kedatangan Irshad ke Malaysia mengundang kontroversi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa jabatan agama Islam setiap negeri menghalang sebarang program beliau.

Pandangan Jamil Khir disokong Pemuda PAS yang turut membuat seruan yang sama.

Jamil Khir juga menggesa agar buku terbaru Irshad yang diterjemah dengan judul Allah, Kebebasan dan Cinta diharamkan pengedarannya atas alasan "bukunya merbahaya kepada umat Islam".

Tidak perlu minta maaf

Selain daripada membela golongan gay dan lesbian, Irshad turut dikenali ramai kerana menyokong perkahwinan antara individu Muslim dengan individu berlainan agama tanpa perlu menukar agama masing-masing.

Mengulas perkara itu, Irshad berkata ia dirumuskan berdasarkan interpretasinya terhadap Al-Quran dan juga ijtihad yang dilakukannya.

irshad manji book launch signing autographs Beliau percaya perkahwinan sedemikian dapat menghentikan golongan muda Islam daripada meninggalkan Islam semata-mata kerana cinta.

Tegasnya, beliau tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa hanya kerana berbeza pendapat dengan orang lain dalam perkara tersebut.

"Mungkin saya perlu minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil," katanya.

Menurutnya lagi, pendirian itu turut disokong seorang imam dan didokumenkan di laman webnya. Sehingga kini, dokumen itu diterjemah ke dalam lebih 20 bahasa termasuklah bahasa Melayu, ujar Irshad.

Imam yang dimaksudkan adalah Dr Khaleel Mohamed yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam perundangan Islam dari McGill University.

Sebelum hadir ke Malaysia, Irshad terlebih dahulu singgah di Jakarta untuk mempromosikan bukunya di sana.

Kerjasama pelampau-polis mengejutkan

Beliau dilaporkan diancam beberapa ratus orang golongan pelampau yang menerjah programnya di pusat kebudayaan Salihara di selatan Jakarta dan cuba mengasarinya.

Mengulas perkara ini, Irshad kesal apabila ketua polis bandar tempat programnya berlangsung menghebahkan lokasi hotel beliau menginap melalui Twitter dan mendedahkannya kepada ancaman keselamatan dari golongan pelampau agama.

NONE "'Kerjasama di antara kumpulan pelampau seperti Front Pembela Islam dan polis ini mengejutkan dan memalukan dan ia perlu diberi perhatian daripada segi rekod hak asasi di Indonesia," kata Irshad.

Namun, keberanian yang ditunjukkan hadirin programnya yang tidak berganjak sewaktu serangan berlaku menguatkan semangatnya untuk menubuhkan cawangan Projek Keberanian Moral di Indonesia, ujarnya.

Projek Keberanian Moral adalah sebahagian daripada program kepimpinan yang digagaskan Irshad di Robert F Wagner Graduate School of Public Service, New York University (NYU) tempat beliau memberi kuliah sekarang.

Bercerita tentang buku terbarunya, Irshad percaya ia akan diterima golongan muda di Malaysia berdasarkan sebahagian besar maklum balas memberangsangkan melalui laman Twitter.

Secara berjenaka, beliau berharap agar bukunya itu dibaca orang ramai sebelum ia diharamkan pengedarannya seperti buku sebelum ini, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith .

"Buku ini bukan sahaja dipenuhi hujah tetapi ia memberikan anda 'perkakas' untuk belajar dan memulakan perjalanan ke arah integriti.

"Saya rasa buku ini sangat diperlukan golongan muda di Malaysia," kata Irshad.

VIDEO | 6.07 mins

ADS