Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Proses "book-building" Felda Global Ventures Holdings' (FGVH) untuk penyenaraian lebih AS$3 bilion akan bermula pada 31 Mei dan berakhir pada 15 Jun, kata sumber yang mengetahui langsung urusniaga itu.

Proses itu akan menjadikan pengendali perladangan nombor tiga di dunia itu lebih dekat kepada tawaran permulaan awam (IPO) yang dirancang dicatat pada penghujung Jun, yang kedua terbesar setakat ini selepas IPO Facebook bernilai AS$16 bilion minggu lalu.

Sumber lain berkata, julat harga untuk pelabur institusi belum ditetapkan tetapi nilai maksimum sebanyak RM4.65 per saham, harga indikatif yang ditawarkan kepada pelabur utama, lapor Reuters .

Sumber kedua juga berkata, Kumpulan AIA, Kumpulan Wang Amanah Pencen atau Lembaga Tabung Haji juga pelabur utama dalam IPO itu.

Kedua-dua sumber enggan dinamakan ekoran perbincangan itu berlangsung rahsia.

[Baca berita penuh]

ADS