Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penerbit: Pengkritik belum baca buku Irshad Manji

Penerbit buku kontroversi Allah, Kebebasan dan Cinta oleh penulis Kanada, Irshad Manji, berang dengan golongan yang menuntut pengharaman buku tersebut.

Ezra Zaid dari syarikat ZI Publications berkata komen yang dilemparkan itu dibuat tanpa membaca buku berkenaan.

NONE "Di situlah masalahnya," kata Ezra, mengulas pandangan yang antara lainnya menyebut bahawa buku itu bukan sahaja sensitif tapi turut menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara.

Ezra bagaimanapun berkata beliau "gembira" kerana buku itu mencetus banyak perbincangan di kalangan "agamawan, ahli politik, pembaca dan bukan pembaca."

Tambahnya, pengharaman buku itu akan meningkatkan lagi "kejahilan" dan bukannya mencetus perbincangan dan perdebatan.

Ezra berucap di Kuala Lumpur hari ini ketika merasmikan buku Ampun Tuanku, karangan bapanya yang juga presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim.

[Baca berita penuh]

ADS