Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Musa Hassan dakwa pernah diajak sertai pembangkang
Diterbitkan:  May 23, 2012 4:41 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, beliau pernah dipelawa menyertai sebuah parti politik pembangkang ketika masih berkhidmat dalam pasukan polis.

musa hassan pc 021107 think Musa ( kanan ) yang bersara pada 12 September 2010 berkata, pelawaan itu datang daripada presiden parti tersebut ketika beliau bertugas sebagai ketua polis negara, lapor Utusan Malaysia .

"Bagaimanapun, saya menolak pelawaan itu kerana dalam pasukan polis, kami tidak diajar untuk mencampuri urusan politik dan hal-hal lain dengan tugas.

"Sehingga sekarang, saya masih mengekalkan prinsip sama iaitu tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik kerana ia membuatkan saya lebih bebas untuk bersuara," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan hari ini.

Pada 4 Mei lalu, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS dengan alasan untuk membantu parti tersebut.

ADS