Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes demam denggi di sepuluh negeri meningkat
Diterbitkan:  May 25, 2012 10:33 AM
Dikemaskini: 10:48 AM

Sebanyak 405 kes demam denggi dilaporkan pada minggu ke-20 iaitu bagi tempoh 13 hingga 19 Mei, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 12 kes berbanding 393 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata 10 negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Sabah enam kes (86 peratus) diikuti Pahang empat kes (57), Kelantan lima kes (39), Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya tujuh kes (37).

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905 Melaka dua kes (29), Kedah tiga kes (19), Pulau Pinang tiga kes (17), Perak dua kes (11), Sarawak dua kes (10) dan Negeri Sembilan satu kes (10).

    

Beliau berkata jumlah terkumpul kes denggi dari Januari hingga 19 Mei tahun ini ialah 9,607 kes iaitu peningkatan sebanyak 21 peratus atau 1,644 kes berbanding 7,963 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

    

"Kes kematian akibat denggi juga meningkat sebanyak 67 peratus atau lapan kematian yang mana terdapat 20 kematian bagi tahun ini berbanding 12 dalam tempoh yang sama tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    

Dr Hasan berkata bagi tempoh yang sama, sebanyak 91 lokaliti mengalami wabak di seluruh negara melibatkan 15 daerah dengan dua lokaliti 'panas' dilaporkan berlaku pada minggu ini iaitu di Taman Mulia (Jalan Budiman) di Cheras dengan sembilan kes dan Bandar Baru Sentul (Apartment Melur) dengan 10 kes.

Beliau berkata pemantauan daripada Kementerian Kesihatan juga mendapati Kuala Lumpur serta empat daerah di Selangor iaitu Petaling, Klang, Hulu Langat dan Gombak mempunyai lokaliti wabak sejak awal tahun sehingga kini dan ia telah menyumbang kepada 82 peratus daripada keseluruhan jumlah lokaliti wabak seluruh negara.

    

"Oleh itu, peranan masyarakat di setiap kawasan bermasalah denggi amat penting dalam usaha membanteras demam denggi," katanya.

    

- Bernama

ADS