Anti-BERSIH tawar motor Modenas pula

Kumpulan anti-BERSIH menjanjikan lebih banyak hadiah untuk pengguna Internet yang menggemari laman mereka dengan menekan butang "like" dengan menawarkan tambahan lima motosikal Modenas.

Kumpulan itu yang mengunapakai nama "BERSIH 4.0" membuat tawaran baru itu setelah terdapat peniaga di Kuala Lumpur menyertai kempen itu.

NONEMengumumkan perkara itu dalam sidang media di ibu negara, penganjur Jamal Ab Yunus percaya lebih ramai peniaga akan tampil menawarkan barangan mereka dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Katanya, tindakan peniaga itu bagi menunjukkan persaudaraan dengan kumpulan yang mengecam perhimpunan besar BERSIH pada 28 April lalu yang didakwa menjejaskan perniagaan.

Sebelum ini, Jamal yang juga peniaga kereta mewah menawarkan Lamborghini dan BMW 530 yang kedua-duanya bernilai RM1.5 juta.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.