Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP bidas Wan Ahmad anggap responden 'tak tahu'
Diterbitkan:  May 28, 2012 10:31 AM
Dikemaskini: 5:39 AM

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak hasil kajiselidik Merdeka Centre - bahawa 92 peratus rakyat Malaysia menyokong pembersihan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum akan datang - hanya membuktikan tiada kebebasan dalam suruhanjaya tersebut, dakwa Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

NONE Dalam satu kenyataan hari ini, beliau membidas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana menolak hasil kajiselidik itu sebagai "remeh" serta menyifatkan respondennya "mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan".

Pua (kiri) mendakwa Wan Ahmad telah menghina responden dengan

mengatakan bahawa adalah lebih baik jika Merdeka Centre meninjau pendapat pengundi yang baru mengundi, daripada bertanya kepada "Rempit' di tepi jalan, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.

Pua mendakwa, keangkuhan SPR itu membuktikan ia tidak berhasrat untuk melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia dan tidak mengendahkan pendapat umum walau bagaimana negatif sekalipun.

Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.berkata komen tersebut menunjukkan Wan Ahmad adalah sebenarnya jahil, dan bukan rakyat Malaysia yang menjadi responden dalam kajiselidik tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS