Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Forum air 16 Jun jelas isu air di S'gor
Diterbitkan:  May 28, 2012 4:50 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Forum Air pada 16 Jun ini bagi menjelaskan isu air di negeri itu kepada umum, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    

Katanya, forum yang dijadual di Pusat Konvensyen Shah Alam itu, kerajaan negeri juga akan menerangkan jalan alternatif yang bakal diambil bagi menangani isu tersebut.

    

"Pada 16 Jun ini, kerajaan negeri akan mengadakan forum bagi menerangkan tentang situasi air bukan sahaja yang berlaku di Selangor tetapi juga di Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan semua jabatan kerajaan Selangor, di Shah Alam hari ini.

    

Beliau sebelum itu mengulangi pendirian kerajaan negeri bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 tidak perlu bagi memenuhi keperluan air bersih di Selangor dan Lembah Klang amnya, kerana banyak lagi jalan alternatif yang boleh diambil.

    

Projek itu yang mahu dilaksana kerajaan pusat, masih tertangguh ekoran keengganan kerajaan Selangor memberi persetujuan termasuk hal-hal membabitkan isu tanah dan harga air.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS