Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Scorpene: Maklumat lanjut akan didedah di Bangkok

Badan hak asasi manusia, Suaram, akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai samannya dalam kes Scorpene di Bangkok, Thailand esok, kerana peguamnya dari Perancis sehingga ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia.

Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Brehem akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand.

NONE Brehem (kiri) dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya Cynthia

Gabriel dan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudiannya mengenai perkembangan baru dalam kes kapal selam Scorpene yang difailkan oleh badan hak asasi manusia di Paris.

Gabriel berkata ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut.

Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia.

Berikutan itu beliau akan menemui pihak Suaran di Bangkok.

[Baca berita penuh]

ADS