Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri boleh memberi pengecualian kepada mana-mana individu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil bagi menjadi pengerusi atau ahli lembaga pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF).

NONE Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat dua syarat daripada undang-undang tersebut yang perlu dipatuhi sebelum perlantikan dilakukan.

"Tapi di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Felda, pihak menteri boleh mengecualikan sesiapa daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil ini.

"Saya telah pun mengecualikan pematuhan undang-undang kecil tersebut kepada Tan Sri Isa (Samad) bermakna Tan Sri Isa boleh dilantik sebagai ahli lembaga oleh lembaga mereka," katanya selepas mengadakan 'walkabout' dan majlis ramah mesra warga penjaja dan peniaga kecil 1Malaysia di Jalan Petaling petang ini.

azlan Menurut Ismail, KPF mensyaratkan individu yang hendak dilantik sebagai ahli lembaga atau pengerusi mesti dalam kalangan pekerja atau keluarga Felda yang menjadi ahli lebih dua tahun.

Ismail berkata, beliau tidak berkuasa melantik pengerusinya tetapi mempunyai kuasa untuk memberi pengecualian daripada kehendak dan pematuhan undang-undang kecil.

"Jadi maknanya, Tan Sri Isa tak perlu tunggu dua tahun sebagai ahli untuk menjadi pengerusi," kata Ismail.

Sebelum ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengekalkan keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dalam KPF.

SKM juga memutuskan tindakan KPF menerima keahlian Isa bercanggah dengan undang-undang kecilnya tetapi tiada peruntukan yang membolehkan keanggotaan yang diterima dibatalkan.

ADS