Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan MP Petaling Jaya Utara Tony Pua membayar gantirugi RM200,000 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor ekoran satu kenyataan yang didapati memfitnah syarikat tersebut.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah dalam penghakimannya turut menolak permohonan tuntutan balas Pua.

Mahkamah membenarkan faedah sebanyak 4 peratus dan supaya yuran guaman dikenakan cukai.

Turut hadir bersama Pua ialah MP Ipoh Timur Lim Kit Siang dan MP Segambut Lim Lip Eng.

SYABAS memfailkan tuntutan tersebut pada 28 Jan 2011 berhubung satu artikel disiarkan Nanyang Siang Pau pada November 2010 bertajuk 'Tony Pua: Selangor government must have water rights to prevent price hike' yang dianggap memfitnah oleh syarikat tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS