Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertahankan kenyataannya kepada polis bahawa beliau tidak menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendatftaran eksklusif "WWW1."

Dalam siasatan di Pejabat PAS Ipoh itu, Nizar berkata beliau turut meneliti sampel laporan polis ke atasnya – yang menurutnya "jauh simpang daripada apa yang saya tweet (tulis di Twitter )."

"(Laporan mendakwa) seolah-olah saya tuduh tuanku guna wang rakyat... tweet saya tak begitu,” kata timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu lagi ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.

Beliau yang disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) berhubung kesalahan menyebut perkataan menghasut itu berkata, beliau diajukan 27 soalan dalam siasatan selama lebih sejam itu.

Ketua siasatan jenayah dari ibu pejabat polis daerah Johor Bahru Utara, DSP Sanawi Muhamad mengetuai siasatan itu bersama seorang lagi pegawai polis, DSP Sukiman Arshad.

“Saya tunggu saja apa tindakan lepas ini. Semasa soal siasat, saya beri kerjasama baik dan suasana semasa soal siasat pun mesra dan profesional,” katanya lagi.

Mohammad Nizar sebelum ini memohon maaf atas tulisannya di berhubung kenyataannya bahawa bidaan dengan nilai RM520,000 untuk nombor pendaftaran tersebut boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

 

ADS