Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiada sebabnya kerajaan harus memohon maaf berhubung insiden semasa perlumbaan 'drag' dalam Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya bulan lalu, kata Kementerian Belia dan Sukan.

Menterinya Datuk Seri Shabery Cheek (BN-Kemaman) berkata, perkara itu tidak berbangkit kerana pihaknya mengambil tanggungjawab penuh dan semua yang tercedera dihantar ke hospital dan tidak ditinggalkan tanpa rawatan.

Drag race crash Bercakap dalam Dewan Rakyat, Shabery berkata, keluarga mangsa faham sekiranya anak-anak mereka tidak hadir ke acara itu, mereka mungkin ke tempat lain dan mungkin menghadapi insiden lain pula.

Beliau menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) sama ada kerajaan akan memohon maaf terhadap insiden yang menyaksikan tujuh penonton tercedera dalam kemalangan itu.

[Baca berita penuh]

ADS