Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ismail Sabri ibarat ketam mengajar anaknya berjalan'
Diterbitkan:  Jun 12, 2012 10:53 AM
Dikemaskini: 2:57 AM

Gesaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar Umno tidak memperjuangkan kelompok tertentu sahaja melucukan dan berupa sindiran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pemuda PAS.

riduan mohd nor "Kenyataan beliau ibarat ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus', mahu mengajar pemimpin partinya supaya ‘berjalan lurus' walhal beliaulah yang perlu dinasihatkan dahulu," kata Ketua Penerangan dewan itu Riduan Mohd Nor ( kanan ).

Ismail Sabri pada perjumpaan dengan pemimpin Umno Bahagian Bera di Pahang kelmarin dilaporkan berpesan agar pemimpin Umno di semua peringkat tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni mereka sahaja.

Dalam kenyataannya semalam, Riduan berkata, Ismail sepatutnya sedia maklum bahawa amalan mementingkan kroni sudah lama berlaku dalam Umno.

Malahan Ismail sendiri, katanya, "boleh hitung jumlah pemimpin termasuk suku sakat dan keluarga mereka yang menikmati kekayaan hasil daripada projek kerajaan".

azlan Pesanan Ismail itu juga, kata Riduan, merupakan pengakuan bahawa Umno kini sudah menyimpang dari landasan asal perjuangan mereka.

"Kenyataan itu mengesahkan lagi bahawa perjuangan Umno jauh tersasar dari matlamat penubuhannya yang mahu membela nasib bangsa Melayu di negara ini," katanya.

Riduan juga membayangkan kenyataan Ismail sebagai tanda "bermulanya persengketaan yang besar" di antara Ismail dan Najib.

"Bagi mereka, era Najib sebagai presiden Umno terlalu berpenyakit sehingga sukar diubati lagi dan perlu diganti dengan pemimpin lain yang dilihat lebih bersih," katanya.

ADS