Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan akan bergantung kepada panel bebas diketuai bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar untuk mencari penjelasan sebenar apa yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu sebelum mengambil sebarang tindakan.

NONE Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop ( kiri ) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini berkata, panel bebas itu akan mencari kebenaran berhubung apa yang berlaku.

Abu Seman mengulas soalan tambahan daripada Lilah Yassin (BN-Jempol) berhubung sama ada kerajaan bermaksud mahu mengambil tindakan terhadap parti pembangkang bawah Akta Hasutan kerana didakwa menghasut kepada keganasan.

Abu Seman berkata, mencari kebenaran adalah perkara penting dan ia menjadi sebab kenapa kerajaan tidak meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menyiasatnya.

Abu Seman bagaimanapun berkata, Suhakam boleh membentuk panel sendiri untuk menyiasat apa yang berlaku semasa perhimpunan tersebut jika dirasakan perlu.

[Baca berita penuh]

ADS