Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP mahu Anifah perjelas siasatan Scorpene
Diterbitkan:  Jun 12, 2012 3:11 PM
Dikemaskini: 8:59 AM

MP Puchong Gobind Singh Deo berkata menteri luar Datuk Seri Anifah Aman perlu menjelaskan kepada parlimen berhubung siasatan di mahkamah Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene.

NONE Katanya, Anifah (kanan) perlu menjelaskan perkara yang diketahui setakat ini dan bagaimana menteri berkenaan mendapat maklumat tersebut memandangkan Malaysia tidak terlibat dalam siasatan di negara itu.

"Ianya memberansangkan apabila mendegar bahawa menteri nampaknya tahu isu dalam siasatan ini. Tapi kenyataan beliau tidak munasabah

"Di satu segi, dia kata ini bukan perkara serius yang kita perlu susuli. Di satu segi lain, dia kata Malaysia akan 'melakukan persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi perbicaraan itu apabila keadaan memerlukan'," katanya.

Gobind berkata perkara itu bertentangan dengan logik kerana siasatan tersebut melibatkan Malaysia.

"Tentulah kita tidak duduk dan tunggu sehingga Kedutaan Perancis memaklumkan kita," katanya lagi.

NONE Beliau mengulas kenyataan Anifah semalam yang menyatakan bahawa Malaysia masih belum menerima apa-apa maklumat daripada Kedutaan Perancis.

Beliau turut menggesa peguam negara sebagai pegawai perundangan utama supaya campur tangan dan menasihati Anifah mengenai pendekatan yang betul dalam kes yang melibatkan reputasi negara seperti ini.

"Kita patut dan mesti ikut serta dengan wakil sendiri untuk membela dan memaklumkan kepada kita dari semasa ke semasa mengenai hasil inkuiri ini," katanya lagi yang mahu Malaysia mengawal itu tersebut.

Sekiranya tidak, kerajaan akan dilihat cuai menjalankan tugas dan perlu bertanggungjawab, kata peguam itu lagi.

NONE Speaker Dewan Rakyat semalam menolak usul tergempar oleh MP pembangkang supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia berkaitan urusniaga kapal selam itu.

Usul yang difailkan MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada Khamis lalu dibuat ekoran siasatan oleh mahkamah Perancis dalam dawaan rasuah berhubung penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat DCNS yang berpangkalan di sana.

Peguam Perancis, Joseph Breham (kiri) yang mewakili Suaram mendakwa, DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Menurutnya, hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes tersebut ingin tahu tujuan sebenar bayaran itu dilakukan kepada Terasasi yang dimiliki ayah kepada Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

NONE Sementara itu, Pemuda PAS pula berkata, kenyataan Anifah semalam menunjukkan kerajaan tidak serius ketika masyarakat antarabangsa termasuk media seluruh dunia memberikan liputan meluas terhadap kes itu.

Naib ketua dewan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob membangkitkan persoalan sama ada isu itu di mana Anifah hanya "bahan mainan dan senda gurau".

"Sepatutnya, Anifah aman merasa malu kerana nama baik Malaysia boleh jatuh merudum di mata dunia kerana ia (didakwa) membabitkan nama pemimpin tertinggi negara.

"Malah kewibawaan Anifah sendiri turut dipertikaikan sekiranya beliau menangani skandal ini dengan baik sehingga gagal menutup aib Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

ADS