Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS: Sekelumit maaf tak sukar, Shabery
Diterbitkan:  Jun 12, 2012 4:26 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan meluahkan kekesalannya berhubung kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek semalam berhubung insiden dalam perlumbaan 'drag' di Putrajaya yang kelihatan seperti enggan memohon maaf.

Ketua Pemudanya Kamaruzaman Mohamad ( bawah ) berkata, kenyataan Shabery bahawa perkara itu tidak berbangkit tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang menteri.

NONE "Apatah lagi beliau juga merupakan seorang menteri yang bertanggungjawab melaksanakan program tersebut.

"Seharusnya, Shabery mewakili kerajaan memohon maaf kepada keluarga mangsa di atas kejadian tersebut bagi menunjukkan keprihatinan.

"Sekelumit permohonan maaf adalah tidak sukar bagi beliau sebenarnya," katanya.

Shabery semalam berkata, isu permohonan maaf tidak berbangkit antaranya kerana pihaknya mengambil tanggungjawab penuh dan semua yang tercedera dihantar ke hospital dan tidak ditinggalkan tanpa rawatan.

Dalam kenyataannya hari ini, Kamaruzaman juga berkata, kenyataan menteri berkenaan juga menunjukkan sikap suka berlepas tangan yang didakwa sudah menjadi darah daging.

"Bagi mereka, apa yang penting adalah gahnya nama BN menganjurkan program. Soal-soal lain ditolak ke tepi," katanya.

Dalam kejadian 27 Mei lepas, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara itu terbabas semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula.

ADS