Bank Switzerland mungkin hadapi prosiding jenayah

   

Bank milik Switzerland, UBS kemungkinan menghadapi prosiding jenayah ekoran penglibatannya dalam dakwaan jaringan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di negara itu berkata, aduan telah difailkan di bawah undang-undang jenayah terhadap UBS berhubung perkara itu.

musa aman pc in sabah 190608 01 Aduan itu difailkan bagi pihak BMF oleh Profesor Monika Roth, peguam dan pakar perundangan, menurut kenyataan kumpulan itu semalam.

BMF mendakwa UBS melanggar etika tugasan seperti yang ditakrifkan oleh Kod Jenayah Switzerland dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap UBS dan pihak bertanggungjawab terhadap hubung kait antara bank tersebut dan Musa ( kanan ).

Musa yang juga merupakan adik kepada Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dituduh

terlibat dalam penyeludupan lebih AS $90 juta (RM286) melalui akuan bank UBS di Hong Kong dan Zurich.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In