Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Rakyat hari ini mendakwa bekas ketua parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim telah membuat rundingan supaya MP pembangkang berpaling tadah, seperti didakwa dalam satu video yang dirakam setahun lalu.

Bercakap dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, MP Shah Alam, Khalid Samad berkata, Pakatan Rakyat mahu individu didakwa ejen BN itu supaya menjelaskan perkara itu.

NONE MP PAS itu berkata, mereka akan mendedahkan lebih banyak bukti berhubung dakwaan transaksi tersebut sekiranya individu berkenaan enggan memberi komen.

Beliau berkata demikian selepas menayangkan satu rakaman video, didakwa menunjukkan pertemuan "ejen" berkenaan dengan seorang wakil Pakatan bagi merundingkan untuk berpaling tadah.

Video berkenaan, didakwa sebahagian daripada rakaman sepanjang tiga jam, didakwa dirakam secara rahsia ketika MP Pakatan itu mula ditemui.

Rakaman tersebut menunjukkan lima orang – empat lelaki dan seorang wanita – di satu meja di sebuah restoran yang didakwa terletak di Lembah Klang.

Khalid sebelum ini telah memaklumkan kepada pemberita mengenai dakwaan tersebut, tetapi ini kali pertama beliau memainkan rakaman tersebut kepada pemberita dan turut menamakan individu terlibat.

NONE Zamil (kiri) didakwa sebagai lelaki yang membelakangi kamera dalam rakaman tersebut.

Turut disebut dalam rakaman pendek ituialah seorang lelaki yang didakwa sebagai "Zahrain", yang dipercayai merujuk kepada MP PKR Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim.

Ditanya mengenai perkara itu dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini, Zahrain berkata beliau tidak mengetahui mengenai dakwaan berkenaan, dan menafikan bahawa beliau telah dibayar untuk berpaling tadah.

Zakrain juga berkata beliau meninggalkan parti itu kerana hilang keyakina kepada kepimpinan parti dan bukannya kerana tawaran wang ringgit.

Dihubungi selepas itu, Zamil tidak mengesahkan atau mengiyakan dakwaan bahawa beliau memainkan peranan dalam rundingan supaya seorang MP PKR berpaling tadah.

"Saya nak tengok kenyataan daripada Khalid dulu. Insya-Allah saya akan adakan sidang media di Sungai Petani esok," katanya kepada Malaysiakini .

Zamil juga menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan seorang ejen Umno dan "tak ada kena mengena dengan Umno."

Namun, Zamil mengakui bahawa beliau berhasrat untuk "menghancurkan PKR."

[Baca berita penuh]

ADS