Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kain rentang kritik parti di P'jaya cuba fitnah PPj'
Diterbitkan:  Jun 14, 2012 5:43 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Samsudin Osman menegaskan pemasangan kain rentang mempunyai logo PPj yang tertera ayat mengkritik sebuah parti politik di Presint 9 di Putrajaya merupakan cubaan pihak tertentu untuk memfitnah perbadanan itu.

Beliau berkata PPj telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

anti corruption day 091205 samsudin osman "Kita sudah turunkan kain rentang itu. Malah kita (PPj) tak akan buat kain rentang yang mengkritik orang," katanya sambil menafikan perbadanan itu mempunyai kaitan dengan pemasangan kain rentang itu.

Beliau berkata demikian pemberita selepas menghadiri prapelancaran Floria Putrajaya 2012 di Putrajaya pada Khamis.

Semalam sebuah portal berita mendakwa PPj "takut" untuk menurunkan bendera-bendera sebuah parti yang dipasang di beberapa tempat di Putrajaya, sebaliknya hanya berani menggantung kain rentang mengkritik parti itu di hadapan bendera-bendera yang dipasang.

- Bernama

ADS