Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmi nafi dakwaan PAC cuba tutup kes penting
Diterbitkan:  Jun 14, 2012 8:26 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid menafikan dakwaan bahawa jawatankuasa itu sengaja tidak mengadakan mesyuarat kerana cuba menutup beberapa isu penting yang melibatkan kepentingan negara.

    

Azmi berkata dalam persidangan Dewan Rakyat April lepas, beliau telah memaklumkan kepada kesemua anggota PAC untuk mengadakan mesyuarat namun tiada maklum balas yang diterima.

"Apabila kita panggil untuk adakan mesyuarat, mereka (anggota PAC) termasuk wakil daripada pembangkang tidak hadir jadi tidak dapatlah diadakan mesyuarat,"  katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

    

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw dan beberapa ahli Parlimen pembangkang berhubung kegagalan PAC mengadakan mesyuarat sejak tiga bulan lepas bagi membincangkan kes berkaitan.

    

Empat kes itu ialah perbelanjaan Pusat Fidlot Nasional (NFC), kos pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru atau KLIA 2, pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pelupusan hutang bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli.

    

Azmi berkata beliau telah mengarahkan sekretariat PAC memanggil kesemua anggota PAC untuk mengadakan mesyuarat pada minggu hadapan bagi membincangkan isu tersebut. - Bernama

[Baca berita lanjut]

 

 

ADS