Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua ahli PKR diberi surat tunjuk sebab
Diterbitkan:  Jun 15, 2012 9:36 AM
Dikemaskini: 9:18 AM

PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua ahlinya dari Cabang Kapar berhubung dakwaan penyelewengan baucer Program JOM Shopping.

NONE Menurut Setiausaha Agung PKR,  Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan negeri sedang menyiasat aduan berhubung dakwaan penyelewengan tersebut.

Program JOM Shopping merupakan salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, Saifuddin PKR memandang serius perkara itu dan melalui mesyuarat Biro Politik pada 13 Jun lalu, telah meminta Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.

Katanya, ia termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kedua-dua ahli berkenaan.

Pada waktu yang sama, katanya, keanggotaan seorang daripadanya digantung secara serta-merta berdasarkan Fasal 27.3 perlembagaan Parti sementera menunggu siasatan disiplin selesai.

"PKR sekali lagi menegaskan tidak akan berkopromi kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin, lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti," tambahnya.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa kerajaan negeri Selangor menawarkan baucar beli-belah bernilai RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri ini sempena program 'Jom Shopping' yang diperkenalkan pada 15 Julai tahun lepas.

Sebanyak RM10 juta diperuntuk untuk program ini melalui keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

     

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas perkara itu mengakui bahawa ada segelintir pihak yang menyalahgunakan baucar beli-belah berkenaan.

 Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri hanya mengenal pasti lima ataupun enam kes seumpama itu.

   

"Walaupun hanya lima ataupun enam individu terlibat, kerajaan negeri tidak memandang remeh perkara ini dan akan menyerahkan kepada pihak audit (negeri) untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program khas bersama rakyat daerah Klang di Kampung Batu 4, Kapar, lapor Bernama.

     

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mempunyai sistem pangkalan data rapi yang menyimpan senarai nama warga emas yang layak mendapat baucar itu.

Katanya setakat ini sejumlah RM8 juta dibelanjakan untuk program itu dan hanya sekitar RM6,000 yang diragui perbelanjaannya.

 

ADS