Mosti tolak rayuan batal TOL untuk Lynas

Tiga penduduk Kuantan gagal dalam usaha mereka untuk membatalkan lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan kepada Loji Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

NONEPengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) Tan Bun Teet (kanan)
berkata peguam mereka menerima sepucuk surat hari ini dari Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Maximus Ongkili berhubung penolakan rayuan itu.

"Beliau berkata kami tidak mempunyai justifikasi dan asas saintifik atau teknikal yang kukuh baginya untuk membatalkan lesen operasi sementara itu.

"Bagaimanapun, beliau telah menambah dua syarat baru bagi lesen operasi sementara tersebut, yang Lynas mesti penuhi sebelum ia mulakan operasi," kata Tan ketika dihubungi melalui telefon.

Menurut surat bertarikh 13 Jun itu, dua syarat baru itu, selain lima syarat-syarat yang dikenakan lebih awal oleh AELB, ialah:

- Lynas perlu mengemukakan kepada AELB kaedah immbolisasi unsur-unsur radioaktif dalam residu yang akan dilupuskan, untuk memerangkap unsur radioaktif daripada tersebar ke alam sekitar.

- Lynas juga perlu mengemukakan kepada AELB, pelan tindakan kecemasan untuk mengawal penyebaran debu ke udara dan alam sekitar dan pelan itu perlu disahkan oleh Lembaga.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.