Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin Hindraf yang tinggal di London, P Waythamoorthy dijangka pulang pada 1 Ogos selepas kira-kira lima tahun hidup dalam buangan.

Menurut penasihat Hindraf, N Ganesan, beliau akan kembali sebulan selepas pergerakan itu memfailkan semula tuntutan pampasan terhadap Ratu England di mahkamah London pada 2 Julai.

NONE Ganesan berkata , yang melarikan diri pada November 2007 kerana bimbang ditangkap, akan cuba memasuki Malaysia dengan dokumen perjalanan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikeluarkan kepadanya selepas pasport Malaysia dirampas.

"Dokumen PBB dengan jelas menyatakan bahawa beliau dibenarkan untuk ke semua negara kecuali Malaysia (tetapi) kami bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan," kata Ganesan dalam sidang akhbar di Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata ini akan termasuk kemungkinan ditangkap sekali lagi apabila dia menjejak bumi Malaysia.

Ganesan berkata, sebaik pulang, Waythamoorthy (atas) akan mengetuai siri jelajah le seluruh negara untuk membuat publisiti terhadap tuntutan berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS