Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM buat 'U-turn' berhubung sekolah persendirian Cina

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat 'U-turn' berkaitan keputusan kerajaan persekutuan untuk tidak menyemak semula status quo bagi sekolah persendirian Cina berhubung pembinaan sekolah baru.

muhyiddin visit penang 160612 Bercakap sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Muhyiddin berkata

beliau telah membincangkan perkara itu dengan perdana menteri, anggota kabinet dan MCA, dan memperolehi cadangan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Beliau berkata tidak ada gunanya menyalahkan MCA atau dirinya, atau mempolitikkan isu tersebut secara meluas.

Apa yang lebih penting ialah masa depan kanak-kanak, sama ada kerajaan boleh menyediakan tempat untuk mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pekerja di Western Digital di Pulau Pinang hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata, pihaknya mempunyai formula untuk menyelesaikan isu tersebut, dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenainya kemudian.

Baru-baru ini, beliau yang juga menteri pendidikan berkata, wujud persefahaman bahawa sekolah berkenaan akan dibenarkan kekal, tetapi tanpa pertambahan jumlahnya.

Menurutnya, sekolah-sekolah tersebut adalah hasil perjanjian yang dicapai antara kerajaan dan pendidik Cina semasa penguatkuasaan Akta Pendidikan pada tahun 1960-an.

[Baca berita penuh]

ADS