Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kesahihan pelantikan kontroversi pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai ahli lembaga pengarah Kopersi Permodalan  Felda (KPF) dicabar di mahkamah.

isa samad interview 150509 Empat peneroka Felda Jengka peneroka telah memfailkan semakan

kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat, mencabar keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membenarkan Isa kekal di KPF walaupun SKM mengakui bahawa perlantikan Isa itu salah di sisi undang-undang.

Peneroka Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Nor Atan menamakan panel  rujukan pertikaian SKM, SKM dan KPF sebagai responden dalam permohonan itu yang difailkan melalui firma guaman Mohamed Hanipa & Associates.

Mereka memohon satu deklarasi bahawa keputusan panel tersebut dan SKM pada 23 Mei, yang mengekalkan pelantikan Isa (kiri), diisytiharkan sebagai tidak sah.

[Baca berita penuh]

ADS