Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) semalam terkejut apabila mendapati projek Putrajaya bagi merancang masa depan sekolah Tamil kini menjadi jiran mereka di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Pemimpin kumpulan itu P Uthayakumar nyata bingung dengan tindakan Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah-sekolah Tamil, badan baru bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

NONE "Ini pertama kali pejabat bawah perdana menteri ditempatkan luar daripada bandar pentadbiran (kini Putrajaya) dalam tempoh 55 tahun.

"Jelas sekali ini propaganda untuk memberikan imej bahawa kerajaan bekerjasama dengan masyarakat akar umbi India, seperti Hindraf," kata Uthayakumar yang mengetuai kumpulan yang lantang dalam isu-isu masyarakatnya itu.

Uthayakumar juga menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpura-pura berhubung dengan golongan bawahan India dalam usaha mendapatkan sokongan.

Tambahnya, kerajaan patut mengambil langkah langsung menaik taraf sekolah Tamil daripada membuat rancangan yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

[Baca berita penuh]

ADS