Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mesyuarat agung tahunan Malaysian Airlines System (MAS) hari ini dijangka hangat apabila pemegang saham membangkitkan isu-isu panas berhubung kontroversi yang menyelubungi syarikat penerbangan nasional itu.

Difahamkan beberapa pemegang saham atau proksi mereka akan menyoal pihak pengurusan kanan syarikat itu mengenai kes saman terhadap bekas pengerusi Tan Sri Tajudin Ramli dan kegagalan perjanjian pertukaran saham dengan pesaing utamanya, AirAsia.

NONE Lebih lebih menarik lagi, difahamkan salah seorang pemegang saham akan diwakili ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (kanan), yang lantang membangkitkan isu-isu yang membabitkan MAS.

Wee banyak menulis mengenai isu-isu tersebut dalam blognya semalam.

Usaha untuk menghubung Wee petang semalam selepas persidangan Dewan Rakyat telah ditangguhkan, tidak berhasil.

Selepas lapan bulan berdepan dengan kemelut dalaman, perjanjian pertukaran saham antara MAS dan AirAsia, telah dibatalkan bulan lepas.

tajudin ramli 1 Perjanjian itu bertujuan membantu MAS, yang sedang bergelut

dengan masalah kewangan. Syarikat itu mencatatkan kerugian bersih terbesar pada bulan Mac - RM2.52 bilion - bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Mengapa Rashdan berhenti?

Seorang lagi pemegang saham yang enggan namanya disiarkan berkata, para pemegang saham juga dijangka menuntut penjelasan berhubung peletakan jawatan Mohammed Rashdan Yusuf baru-baru ini sebagai timbalan ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS

Rashdan berhenti tidak lama selepas MAS mengumpulkan RM2.5 bilion melalui bon sukuk yang dijamin oleh kerajaan pusat.

[Baca berita penuh]

ADS