Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Wanita misteri' nafi jadi proksi Anwar
Diterbitkan:  Jun 25, 2012 1:43 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Seorang wanita yang ditampilkan Utusan Malaysia hari ini menafikan menjadi proksi kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki akaun induk berjumlah RM3 bilion.

Wanita berkenaan, Zaliah Zakaria, 56, menafikan dakwaan tersebut susulan penyiaran gambarnya dalam edisi hujung mingguan Utusan semalam.

pakatan convention alor setar wan azizah wan ismail Zaliah bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak mengenali Anwar tetapi mengenali isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ( kiri ).

"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik," katanya seperti dipetik akhbar berkenaan hari ini.

Katanya lagi, syarikatnya memberi banyak sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (BAKTI) ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri.

Katanya lagi, beliau juga pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak pasangan tersebut ketika Anwar berada dalam penjara.

Anggota Umno, Ummi Hafilda ( bawah ) sebelum ini mendakwa, Anwar sangat mengenali wanita tersebut "yang bukanlah seorang istimewa tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta."

'RM100 juta hasil perniagaan lumba kuda'

Ummi juga mendakwa, Zaliah memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakannya di Pulau Pinang

Zaliah yang mengakui diisytiharkan muflis selepas diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDB) berhubung cukai pendapatan lebih RM50 juta itu meminta Ummi Hafilda mengemukakan bukti berhubung dakwaan pemilikan harta berkenaan.

NONE Jelasnya bahawa beliau memiliki aset wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada satu perniagaan lumba kuda.

Hartanya yang lain termasuk empat buah rumahnya di Pulau Pinang yang dianggarkan bernilai RM3.68 juta, menurut laporan Utusan .

Bagaimanapun, harta berkenaan bertukar milik ketika beliau berkunjung ke luar negara pada Januari 2000.

"Seminggu saya berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," katanya seperti dipetik.

ADS