Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan: Maklumat penerima BR1M tak diakses LHDN
Diterbitkan:  Jun 26, 2012 7:36 AM
Dikemaskini: Jun 26, 2012 12:18 AM

Kerajaan sudah mengambil tindakan perlu bagi memastikan maklumat peribadi yang disalurkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak diakses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    

NONE Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata langkah proaktif itu diambil memandangkan ada penerima BR1M enggan memberikan maklumat mereka kerana khuatir ia akan diakses oleh LHDN bagi tujuan kutipan cukai.

    

"Memang ada penerima bantuan ini yang tidak mahu memberikan maklumat kerana tidak mahu maklumat yang diberi itu digunakan oleh LHDN untuk tujuan kutip cukai.

    

"Kita sudah ambil tindakan untuk pastikan LHDN tidak menggunakan maklumat yang disalurkan bagi tujuan pemberian BR1M," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, di Dewan Rakyat semalam.

Awang Adek menolak dakwaan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) bahawa LHDN bertindak menyerbu peniaga bagi menuntut mereka membayar cukai selepas pemberian bantuan BR1M.

    

"Kalau melibatkan dakwaan LHDN mengutip cukai syarikat daripada peniaga selepas pemberian BR1M, memang tidak ada sebab syarikat tidak terlibat dalam BR1M," katanya.

    

Justeru beliau yang meminta mana-mana penerima yang merasa 'dihambat' LHDN kerana maklumat yang disalurkan semasa penerima bantuan BR1M, untuk tampil membuat aduan.

    

- Bernama

ADS