Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Program alumni pelatih PLKN tumpu lima kawasan parlimen

Program jelajah Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) akan menumpukan kepada lima kawasan parlimen utama BN termasuk kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menurut kenyataan Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Program jelajah selama enam hari yang dirasmikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini akan menuju ke Port Dickson dan seterusnya ke Pagoh, Batu Pahat dan Mersing di Johor dan kemudiannya berakhir di Pekan pada 2 Julai.

Antara lainnya, program itu akan diisi dengan acara kemasyarakatan seperti gotong-royong dan sumbangan kepada keluarga miskin di segenap lokasi jelajah tersebut.

"Mereka akan pergi melalui Mersing dan akan berakhir di kawasan parlimen Pekan untuk program kemasyarakatan di perkampungan Orang Asli," kata Ahmad Zahid selepas melancarkan program jelajah berkenaan di bangunan Kementerian Pertahanan hari ini.

Program melibatkan alumni pelatih Program Latihan Khidmat Negara itu merupakan antara program terbesar oleh BSKN selepas program gotong-royongnya pada 21 April lalu di kawasan parlimen Ahmad Zahid, Bagan Datok.

Ahmad Zahid berkata, program BSKN melibatkan kos RM11.2 juta melalui peruntukan sedia ada yang diluluskan kabinet sebagai insentif khas untuk sukarelawan terbabit.

"Perbelanjaan yang saya nyatakan tadi akan libatkan lebih kurang 8,000 orang sukarelawan untuk tempoh setahun," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS